Thursday, March 31, 2011

kerana kata~~

Kerana satu perkataan, aku ketawa tergolek2, kerana satu perkataan aku, aku boleh menangis teresak2, kerana satu perkataan boleh menyentuh hatiku dan kerana satu perkataan juga merubah pandangan aku terhadap seseorang.
Aku pernah terbaca satu kata2 hikmah yg bermaksud, kalau kita menyayangi seseorang berpada2 la..kerana suatu hari nanti, kita akan membencinya,jika kita membenci seseorang, bencilah secara berpada2 kerana suatu hari nanti kita akan menyayanginya...

Demi Allah, aku menyayangi seseorang yang bergelar kakak. Oleh kerana, akulah kakak dan abang untuk adik2ku..sebelum ini aku belum temui seseorang yang boleh aku jadikan role model...seseorang yang boleh aku kongsi rase bersamanya..seseorang memahamiku sebagai aku...seseorang yang boleh aku jadikan rujukan..

Semenjak di Intec lagi..aku mula mengenalinya..kakak yang begitu komited untuk ajar aku ISK..Walaupun, tak habis blajar ISK sebab aku dah memilih haluanku..akak terima dengan tenang..ayat yg paling menyentuh hatiku, "kalau ummu dah memilih,akak terima..dan kalau ummu rase boleh constant, boleh lebih dekatkan diri dengan Allah,akak redha".

Bersamanya, aku merasakan ketenangan..bersamanya aku merasakan aku mahu berubah..bersamanya aku rase dekat dengan Allah..kakak pernah cakap," dulu die bukanlah die yang sekarang". ayat die menyedarkan aku semua orang punye mase silam yang mungkin kurang enak kalau dikenang. memberi aku semangat untuk berubah..kakak tinggal jauh dari kelompok masyarakat Malaysia..kakak perlu berdikari sendiri di tempat yang asing..alhamdulillah..akhirnya kakakku itu berjaya menemui jalan yang sepatutnya dilaluinya..Aku juga bakal melalui jalan yang sama..insyaAllah..

Untuk kakakku,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini di saat aku memerlukan bimbingan,

terima kasih kerana sering mengingatkan aku tentang Tuhanku,

terima kasih Tuhanku,
kerana mempertemukan aku dengan kakakku ini..

Tuesday, March 22, 2011

semalam,hari ini,esok....

Aku ni anak jati Terengganu..dilahirkan di hospital kemaman dan dibesarkan di rumah sampai darjah 6..then form aku memulakan kehidupanku sebagai perantau..aku merantau ke daerah baru iaitu ke besut untuk belajar pendidikan menengah rendah. sememangnya aku suke berangan untuk bljar di tempat yang lebih baik dari ape yang aku blajr mase tuh..so aku apply for pkp..mase tu mrsm jasin memang famous..so aku pun blajar la rajin2 untuk dapat straight A's mse pmr..alhamdulillah..janji Allah itu pasti..
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Surah Ar-Ra’d (ayat 11).

So bile aku dapat keputusan pmr tuh..aku rse angan2 aku boleh direalisasikan..alhamdulillah..jalanku semakin hampir..aku dapat tawaran ke mrsm tgb jasin..aku pergi la..dengan impian aku akan dapat blajar ke luar negara..aku pun mengatur langkah maju ke hadapan walaupun aku mengalami tekanan emosi mse tuh..aku terpaksa berpisah ngan satu2nya kawan yang boleh aku gelar kawan sejati..mase awal2 aku kat tgb pun, bukanlah happy..nk compete ngan orang2 yang pandai, orang2 latar blakangnye berada..tapi aku paksa diri..aku bersangka baik..aku cube untuk bertahan..sebab firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 153,
"wahai mereka yg beriman,mintalah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan solat.Allah bersama dgn orang yg sabar." 
then,2 tahun berlalu..aku akan pun menduduki peperiksaan spm yang bak kate cikgu aku kat msrm yt dulu, ' spm menentukan kehidupan kita akan datang' aku pegang kate2 cikgu aku tuh...aku try sbaiknya..namun apakan daya, aku xdapat apa yang yang aku impikan..ye la..tak sume yang kite nak ,kite akan dapat..aku cuba pujuk diri untuk terima qada' dan qadar ini...tapi serius..mase itu, aku rase jalan menuju impian aku tuh dah gelap. so aku xberharap sangat la..tapi aku tetap berusaha untuk apply..mane la tahu,dapat plak..impian aku sedari dulu nak g france..tapi aku dapat peluang ke Korea Selatan..aku terima dengan rela hati..mungkin ade hikmah di sebalik semua yang terjadi ni..aku la ingat satu idiom ni.." Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars.”..

dan blog semalam,hari ini,esok ni...adalah tempat untuk aku meluahkan rase sebagai aku yang sebenarnye..semalam yang mungkin boleh dijadikan pengajaran,juga kenangan,,hari ini yang mengambarkan mood aku, esok yang akan dilalui, perancangan hidupku, mase depanku yang tak siape tahu..





Thursday, March 17, 2011

hidup perlu memilih~~

Sebelum datangku ke sini, aku telah pun menanam niat di hati  untuk merantau ke bumi asing untuk mencari kebenaran Islam yang mungkin aku tak terjumpa di tanah airku sendiri. Tanah yang ku jejaki ini bukanlah tanah Arab yang menyimpan sejarah para nabi dan Rasul-rasul Allah tetapi tanah ini dipenuhi dengan kegelapan jahiliyah. Namun di sinilah, aku menyimpan impian lebih mengenal agamaku dengan membezakan akhlak Islamiyah dan juga kesesatan Jahiliyah. Bumi ini telah menjadi pilihanku bukan kerana aku meminati hiburannya,bukan kerana aku kagum akan teknologinya, tetapi Allah telah menunjukkan jalanku sini.Oleh itu, aku percaya Allah menghantar aku ke sini bukan hanya belajar ilmu kejuruteraan tetapi belajar mendalami agama sendiri dari sudut yang mungkin aku tak pernah lihat. Alhamdullillah... Tetapi jalan kebenaran yang aku bukanlah semudah ABC,bukan jalan seperti 'highway' yang begitu selesa..Ketika ini, aku diberi peluang untuk memilih..dan aku telahpun memilih..namun, apabila keputusan telah dibuat..pihak lain seperti tidak mahu menerima keputusanku..di manakah kebebasan memilih kalau ini yang terjadi? apakah kebebasan memilih sebenarnya  hanya lahir di bibir sahaja? mungkin ada yang boleh memberi pandangan...

Wednesday, March 16, 2011

masih aku teringat pepatah bahasa inggeris yang tergantung dilalui gajah kat asrama puteri dulu..."even if the earth will going to break down into pieces tomorrow,I still want to plant today.." ...aku tidak mungkin menyerah kalah sebelum berjuang kerana nasibku,mase depanku, semuanya atas usaha dan kehendakku..bukan untuk berbesar diri..tapi untuk berbakti untuk agama,nusa dan bangsa...ketahuilah di bahu setiap muslim tersandarnya tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah SWT disamping impian sebagai manusia yang sentiasa terlupa dan terlalai...

Tuesday, March 15, 2011

sahabatku,temanku,rakanku ketahuilah..

memang fitrah manusia sentiasa terlupa..oleh sebab itu, manusia tidak akan mampu untuk hidup seorang diri..memerlukan sahabat yang sentiasa mengingatkan..sahabat yang sentiasa menyedarkan..bukan hanya mengangguk dan menggeleng..tapi mampu melontarkan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan...itulah definisi sahabat bagiku..Kakak usrahku pernah berkata,"kalau nak berkawan bukan hanya kawan on the surface, berkawanlah dengannya kerana Allah, dalami isi hatinya,ambil berat tentang kebajikannya,dan kasihilah dia melebihi kamu mengasihi dirimu sendiri.."Inilah persaudaraan dalam Islam yang sebenarnya. Nikmatnya ukhwah..mungkin di sini aku akan merasai semua itu..Semoga Allah menunjukkanku jalan kebenaran yang akhirnya membawaku syurga abadi..impian hidup setiap yang bergelar muslim..