Thursday, March 31, 2011

kerana kata~~

Kerana satu perkataan, aku ketawa tergolek2, kerana satu perkataan aku, aku boleh menangis teresak2, kerana satu perkataan boleh menyentuh hatiku dan kerana satu perkataan juga merubah pandangan aku terhadap seseorang.
Aku pernah terbaca satu kata2 hikmah yg bermaksud, kalau kita menyayangi seseorang berpada2 la..kerana suatu hari nanti, kita akan membencinya,jika kita membenci seseorang, bencilah secara berpada2 kerana suatu hari nanti kita akan menyayanginya...

Demi Allah, aku menyayangi seseorang yang bergelar kakak. Oleh kerana, akulah kakak dan abang untuk adik2ku..sebelum ini aku belum temui seseorang yang boleh aku jadikan role model...seseorang yang boleh aku kongsi rase bersamanya..seseorang memahamiku sebagai aku...seseorang yang boleh aku jadikan rujukan..

Semenjak di Intec lagi..aku mula mengenalinya..kakak yang begitu komited untuk ajar aku ISK..Walaupun, tak habis blajar ISK sebab aku dah memilih haluanku..akak terima dengan tenang..ayat yg paling menyentuh hatiku, "kalau ummu dah memilih,akak terima..dan kalau ummu rase boleh constant, boleh lebih dekatkan diri dengan Allah,akak redha".

Bersamanya, aku merasakan ketenangan..bersamanya aku merasakan aku mahu berubah..bersamanya aku rase dekat dengan Allah..kakak pernah cakap," dulu die bukanlah die yang sekarang". ayat die menyedarkan aku semua orang punye mase silam yang mungkin kurang enak kalau dikenang. memberi aku semangat untuk berubah..kakak tinggal jauh dari kelompok masyarakat Malaysia..kakak perlu berdikari sendiri di tempat yang asing..alhamdulillah..akhirnya kakakku itu berjaya menemui jalan yang sepatutnya dilaluinya..Aku juga bakal melalui jalan yang sama..insyaAllah..

Untuk kakakku,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini di saat aku memerlukan bimbingan,

terima kasih kerana sering mengingatkan aku tentang Tuhanku,

terima kasih Tuhanku,
kerana mempertemukan aku dengan kakakku ini..

1 comment: