Thursday, March 17, 2011

hidup perlu memilih~~

Sebelum datangku ke sini, aku telah pun menanam niat di hati  untuk merantau ke bumi asing untuk mencari kebenaran Islam yang mungkin aku tak terjumpa di tanah airku sendiri. Tanah yang ku jejaki ini bukanlah tanah Arab yang menyimpan sejarah para nabi dan Rasul-rasul Allah tetapi tanah ini dipenuhi dengan kegelapan jahiliyah. Namun di sinilah, aku menyimpan impian lebih mengenal agamaku dengan membezakan akhlak Islamiyah dan juga kesesatan Jahiliyah. Bumi ini telah menjadi pilihanku bukan kerana aku meminati hiburannya,bukan kerana aku kagum akan teknologinya, tetapi Allah telah menunjukkan jalanku sini.Oleh itu, aku percaya Allah menghantar aku ke sini bukan hanya belajar ilmu kejuruteraan tetapi belajar mendalami agama sendiri dari sudut yang mungkin aku tak pernah lihat. Alhamdullillah... Tetapi jalan kebenaran yang aku bukanlah semudah ABC,bukan jalan seperti 'highway' yang begitu selesa..Ketika ini, aku diberi peluang untuk memilih..dan aku telahpun memilih..namun, apabila keputusan telah dibuat..pihak lain seperti tidak mahu menerima keputusanku..di manakah kebebasan memilih kalau ini yang terjadi? apakah kebebasan memilih sebenarnya  hanya lahir di bibir sahaja? mungkin ada yang boleh memberi pandangan...

1 comment:

  1. percayalah, setiap perkara yg Allah tntukan tidak mngkin sia2. pasti ada hkmah di sbalik stiap ktntuan-Nya. mungkin skunk kta x nmpk lagi. insya'Allah, kta mohon same2 agar Allah bukak ati kta utk nmpk hkmah tu. jaga dri kt sne! elok2 bwk dri. Allah's alwiz wif u to take care of u for me.. hehe~

    ReplyDelete